+ 609.567.8999
ice2013@ikip.edu.my

KEMASKINI 26/04/2013-INFO PENGHANTARAN POSTER PROJEK ICE2013:Cara Penghantaran Poster projek boleh menggunakan Ilustrasi menggunakan perisian MICROSOFT WORD. Sila rujuk pada bahagian MUAT TURUN untuk memuat turun contoh template dan cara memuat naik poster.

Pautan Maklumat Penyertaan

1. Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar?

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah seluruh negeri Pahang sahaja dan pelajar IPT sama ada IPTS mahupun IPTA sekitar Kuantan,Pekan dan Kemaman sahaja.

2. Saya ingin mendaftar pertandingan ini, tetapi ahli kumpulan saya terdiri daripada berlainan institusi pengajian atau sekolah, adakah ianya dibenarkan?

Tidak dibenarkan. Penyertaan hanya digalakkan berlainan bidang pengajian/tingkatan dalam institusi pengajian/sekolah yang sama sahaja.

3. Bilakah tarikh tutup pendaftaran penyertaan pertandingan ini?

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini ialah pada 14 April 2013 Dilanjutkan sehingga 10 Mei 2013. Walaubagaimanapun anda diwajibkan mendaftarkan kumpulan anda melalui pendaftaran atas talian di laman sesawang  http://ice2013.ikipcollege.edu.my. Pendaftaran atas talian bertujuan untuk memberikan ID pendaftaran bagi setiap kumpulan yang berminat untuk menyertainya. Pihak penganjur berhak menukar tarikh ini sekiranya perlu.

4. Bentuk inovasi yang ingin dipertandingkan ini adalah dalam bentuk ‘produk lengkap' atau hanya sekadar ‘prototaip' sahaja?

Hasil inovasi yang ditetapkan oleh Penganjur secara minimumnya adalah pada tahap ‘proof of concept' atau pengesahan konsep yang kerap dirujuk dengan ringkas sebagai POC. Kehendak ini mesti dipenuhi oleh peserta. Penghasilan ‘produk lengkap' mahupun prototaip tidak diperlukan.

Pada peringkat POC, peserta perlu meyakinkan kepada para juri menerusi pembentangan bukti dan keterangan bahawa hasil inovasi mereka mampu menyelesaikan masalah atau menyahut peluang yang melibatkan serta memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat hanya melalui pembentangan melalui 2 keping poster bersaiz A1 sahaja.

5. Adakah setiap penyertaan akan mendapat Sijil Penyertaan?

Tidak, pihak Sekretariat ICE@IKIP 2013 akan mengeluarkan Sijil Penyertaan terhadap pelajar yang layak keperingkat kemuncak sahaja.

6. Kami merupakan pelajar kolej swasta dan mengikuti pengajian kerjasama dengan UTM. Oleh itu, dengan institusi yang manakah patut kami mendaftar?

Anda hendaklah mendaftar mengikut institusi pengajian yang anda bayar yuran pengajian tersebut.

7. Bolehkah penyerahan poster dilakukan melalui e-mail sekretariat ICE@IKIP 2013?

Boleh dengan cara fail poster itu di ‘attach'kan sekali. Maklumat lengkap kumpulan anda perlu diberikan sekali iaitu ID pendaftaran bagi memudahkan semakan kami. Walaubagaimanapun, serahan melalui atas talian iaitu melalui web rasmi pertandingan lebih digalakkan.

8. Bolehkah ahli kumpulan kami dikemaskini seperti pertukaran ahli, pengurangan atau penambahan ahli?

Boleh. Anda hanya perlu pergi ke website kami iaitu http://ice2013.ikipcollege.edu.my dan klik pada Pendaftaran ‘Secara Online' . Kemudian masukkan Username serta Password pada ruangan Pengguna Berdaftar dan klik log in . Username dan password ini anda telah tetapkan semasa proses awal pendaftaran penyertaan anda sebelum ini.

Walaubagaimanapun,ia tertaklu kepada syarat-syarat pendaftaran penyertaan dimana minimum ahli yang perlu didaftarkan adalah 3 orang dan maksimum ahli yang boleh didaftarkan adalah 5 orang.

9. Bolehkan saya menggunakan penyelia projek yang sama untuk beberapa kumpulan?

Boleh. Setiap institusi pengajian tinggi/sekolah boleh mendaftarkan seberapa banyak kumpulan. Setiap kumpulan perlu diselia oleh seorang penyelia yang terdiri daripada pensyarah/guru/kakitangan akademik. Seorang penyelia boleh menyelia maksimum 3 kumpulan sahaja untuk setiap institusi pengajian tinggi/sekolah.

10. Saya adalah pelajar sekolah menengah tingkatan enam, adakah saya boleh menyertai pertandingan ini?

Boleh. Selagi anda pelajar sah sekolah menengah tersebut,anda boleh menyertai pertandingan ini.

11. Saya pelajar peringkat ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/PhD dalam institusi pengajian tinggi, adakah saya boleh menyertai pertandingan ini?

Tidak boleh. Pertandingan ini terbuka hanya pada pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sijil dan diploma sekitar Kuantan, Pekan dan Kemaman sahaja.

12. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat dan info-info terkini tentang pertandingan ini?

Anda perlu menjadikan website rasmi kami iaitu http://ice2013.ikipcollege.edu.my sebagai sumber rujukan utama. Setiap maklumat dan info-info terkini akan sentiasa dikemaskini di laman ini. Anda juga boleh berhubung melalui e-mail kami iaitu ice2013.ikip.edu.my atau hubungi kami di talian tertera.

 

Terkini@ICE2013